Aku berminat untuk memetik kata-kata dari Imam Hasan al-Basri yang berbunyi, :
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
Kata-kata ini bukan sekadar mainan bicara yang keluar dari mulut tokoh yang hebat, tetapi makna yang mendalam akan dapat dikesan jika diamati bait katanya dan hayati maksud tersiratnya.
Sekarang ini ramai yang beranggapan bahawa menyampaikan dakwah, nasihat atau apa-apa kebaikan hanya layak bagi orang yang sempurna. Dalam erti kata lain, "sebelum menasihati orang lain, nasihat diri sendiri dulu."
Allah.
Saya tidak setuju.
Apa salahnya kita saling menasihati dan menyampaikan kebaikan meski diri belum sempurna. Tetapi iya, manusia memang tidak sempurna. Namun, dalam menyampaikan nasihat atau kebaikan kepada seseorang, sekaligus ia boleh menjadi nasihat dan peringatan untuk diri kita sendiri.
Saidina 'Ali bin Abi Talib ada berkata:
"Jangan lihat siapa yang berbicara, tetapi lihatlah apa yang dibicarakan."
Sungguh ada betulnya. Kadang-kadang, anak kecil fakir yang hidupnya di gelandangan juga mampu memberikan kata-kata pedas yang menginsafkan diri dan pendorong seseorang untuk terus bangkit selepas lama jatuh dihumban dek kegagalan.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
[Surah al-'Asr 103:1-3]
Insya-Allah, jom sama-sama saling menasihati dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran di samping mendidik diri kita untuk menjadi khalifah Allah yang lebih berkualiti!
TETAPI SEBELUM ITU,
tanam dalam-dalam di lubuk hati kata-kata ini,:
"Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati, sedangkan mereka tidak bersedia untuk dinasihati."
*SENYUM*
No comments:
Post a Comment